Flash Ticker

Wednesday 28 November 2012

PROFAILKU




                                           NAMA ;  JUMRAH BINTI ARSAD

                                           NO.MATRIK :  D20112053641
                             
                                           TUGASAN     : KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH   
                                                                     RENDAH

                                          E-LEARNING : EN. SALMAN FIRDAUS BIN SIDEK                              

Tuesday 27 November 2012

AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH


                     HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH





                         PROGRAM MOTIVASI UPSR



                                HARI KEMERDEKAAN





                                         SUKAN SEKOLAH



                                       PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM







SEKOLAHKU SYURGAKU




Monday 26 November 2012

pengajaran matematik




Name : Jumrah binti Arsad
Group 1

LESSON PLAN

Date                :  12.06.2008                                      Time                   : 8.00-9.00a.m
Class              : Year 1 (Remedial Class)                 No. of Students:   6
Subject           :  Mathematics
Topic              :  Recognizing Numerals

Learning Area:    3.3 Numbers 1 to 9

Learning Objectives:
Pupils are able to say and use the number names in order.

Learning Outcomes:
At the end of the lesson, pupils should be able to:
(i)  Count on in ones.
(ii) Count back in ones correctly.

Moral Values:  
Rationality_the rationale of being in order.

Teaching-Learning Materials:
Pictures , Powerpoint slides





Procedure
( Time )
Content / Skill
Teaching-Learning Activities
Notes
Set Induction
(5 minutes)

To recognize numbers 1 to 9

1. Teacher greets the pupils.
2. Teacher shows picture and asks  
     quetions.


Powerpoint slides
  

Step 1
(15 minutes)



Count on in ones

1. Teacher shows the number one
    by one.
2. Teacher asks the students to say
and count on the number from 1 to  
 9.
3. Teacher asks pupils to count on 
from different numbers
individually.
Ex :  Can you count on in ones
             from 6?
.


Powerpoint slides


Step 2
(10 minutes)

Worksheet
1. Teacher distributes the task sheet
to the students.
2. Teacher discuss the answers with 
    the students.


worksheet

Step 3
(15 minutes)




Count on in ones

1. Teacher shows the number one
    by one.
2. Teacher asks the students to say
and count back the number from 
1  to 9.
3. Teacher asks pupils to count on 
from different numbers
individually.
Ex :  Can you count back in ones
             from 6?


Powerpoint slides


Step 4
(10 minutes)

Worksheet
1. Teacher distributes the task sheet
to the students.
2. Teacher discuss the answers with 
    the students.


worksheet
Closure
(5 minutes)


1. Teacher distribute number cards
    to 9 students.
2. Teacher asks the students show
the number cards in ascending
order or descending order.


Number cards

Friday 23 November 2012

konsep pengetahuan isi kandungan


BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI GURU, BUAT REFLEKSI DAN JELASKAN TENTANG KONSEP  PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN GURU.
Pengenalan
Bahasa _Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Dalam usaha mendukung hasrat negara untuk menjadikan   pendidikan secara relevan dalam era globalisasi, semakan kurikulum dan pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan wujudlah Konsep Pengetahuan Isi Kandungan(PPIK)  sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa-Melayu dan mata pelajaran yang lain. Sesuai dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di sekolah rendah, menengah, institut perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan sebagainya, maka  tidak hairanlah wujudnya slogan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris  (MBMMBI).Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi penyaluran  pemikiran dan budaya di samping berupaya menjalin ikatan masyarakat sepanjang zaman.
Berpandukan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan ,kurikulum Bahasa Melayu di peringkat  sekolah rendah bertujuan membina literasi murid dalam berbahasa.Sukatan pelajaran memberikan tumpuan terhadap kemahiran berbahasa yang mementingkan pembelajaran yang berkesan yang melibatkan murid secara aktif serta mengutamakan keupayaan dan keperluan setiap murid.Penekanan awal terhadap kemahiran mendengar dan bertutur untuk membolehkan mereka bertutur dengan fasih dan yakin.Kemahiran –kemahiran asas ini akan dikembangkan untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan menulis.Murid-murid juga dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan berkongsi pengetahuan dalam penguasaan bahasa.

 
Isi kandungan sukatan pelajaran juga menegaskan penerapan aspek nilai dan budaya.Selain itu , penerapan kemahiran berfikir, teknologi maklumat,pembelajaran sosial dan emosi serta inovasi dan keusahawanan.sukatan pelajaran yang dibekalkan ke sekolah-sekolah memberikan gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang merangkumi matlamat, objektif ,kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum, pedagogi dan penilaian.


 
Guru yang baik dan prihatin  akan rasa bertanggungjawab dan mengambil pelajaran anak-anak didiknya.Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti  ( Mohamad Sani, Mohd Izham dan Jainabee 2008).Guru-guru perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan ,daya cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan diri, untuk menghadapi beban tugas yang sangat mencabar  termasuklah guru-guru Bahasa Melayu.Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran ,nilai motivasi,psikologi  termasuklah latihan dan pendidikan dari segi kurikulum ,kokurikulum, latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik yang melahirkan seorang guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi .






Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan
Berdasarkan  pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep Pedagogical Content knowledge atau pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) , jika mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang isi  kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. PPIK telah dilhamkan oleh Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi.PPIK adalah membentuk pengetahuan dan membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang bukan pakar  dalam bidang tersebut.
 Shulman (1987) juga mendefinisikan PPIK ialah pengetahuan Isi Kandungan  secara pedagogikal  yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan ciri setiap pelajarnya dan pengetahuan tentang kepercayaan tehadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dugunakan.
Pengetahuan yang mantap tentang sesuatu subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar bagi seorang murid.( Shulman,1987).Seorang guru perlulah meningkatkan pengetahuan profesional mereka dalam pengajaran. PPIK dapat membantu memperkasa pengajaran guru –guru Bahasa Melayu seperti  penggunaan bahasa yang mudah difahami ,pertuturan yang lancar dan sistematik.Setiap penjelasan topik hendaklah disusun,diolah dan diubahsuai berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar.
Dengan adanya PPIK guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan  isi  pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.Selain itu ia juga memudahkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep menggunakan analogi,ilustrasi,contoh ,penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan.






Pembinaan PPIK
PPIK dibina daripada dua mekanisme iaitu  yang pertama kebijaksanaan guru menerusi pemerhatian sebagai  seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang.Kedua  ialah melalui kajian tentang situasi yang terkawal dan penyelidik dalam bidang pendidikan                               ( Kastens 2004).PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan dan refleksi serta kolaborasi dengan guru lain. Pembinaan  PPIK menurut Shulman (1987) ,melibatkan beberapa langkah iaitu :
1.       Kefahaman
2.       Transformasi
3.       Pengajaran
4.       Penilaian
5.       Refleksi
6.       Kefahaman baru



Matlamat dan objektif
Perkara-perkara dan objektif dalam  Pengajaran Bahasa Melayu  sekolah rendah ialah seperti berikut :
Pada akhir  pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat
  • ·         Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dan memberikan tindak balas atau respon yang wajar.
  • ·         Bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya.
  • ·         Membaca  pelbagai bahan  bercetak dan bahan media elektronik dan digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh  maklumat,idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai.
  • ·         Menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan pelbagai tujuan,khalayak dan situasi.
  • ·  Berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif.
  • ·         Mengenali dan memahami budaya  dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain.
  • ·         Memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat.


       PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN
 ·       Kesediaan guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara utama dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini bermaksud seorang guru Bahasa Melayu perlu mengetahui isi kandungan Bahasa Melayu,topik,peraturan, struktur  dalam  menguji keberkesanan pengajarannya.
  • ·         Pengetahuan substantif  ialah pengetahuan tentang apa dalam fakta  atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk.
  • ·         Pengetahuan struktur sintatik, iaitu tentang bagaimana sesuatu  perkara dibentuk dan dihasilkan .Guru Bahasa Melayu  perlu  mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi,hujah secara logikal dan menggunakan asas fakta
  • ·         Setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu  bagi memudahkan pelajar menguasai  tajuk yang dipelajari.
·         Kesimpulannya  pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan aspek penting dalam pengajaran  dan pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru  mengurus  masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelajaran.



Pengetahuan Pedagogi Guru
Komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar , merangkumi  pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pendekatan,,kaedah atau teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan penilaian ,serta pemulihan dan pengayaan. Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran ,pintar lebih menguasai sesuatu tajuk daripada pelajar.




         Pendekatan Pengajaran.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak pendekatan yang boleh digunakan .Guru-guru boleh memilih pendekatan  yang sesuai dengan isi kandungan contohnya  pengajaran secara deduktik, induktif dan komunikatif.


        Kaedah pengajaran.
Guru perlu menguasai dan mengetahui pelabagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menggunakannya sesuai dengan aras pengetahuan pelajar yang hendak diajar. Kaedah pengajaran berpusatkan murid menunjukkan keberkesanan yang lebih baik.Antara kaedah pengajaran yang digunakan ialah inkuiri, perbincangan, sumbang saran,kajian kes, projek dan sebagainya.Manakala pembelajaran murid.



         Teknik pengajaran
Teknik pengajaran  merupakan kemahiran guru dalam mengelola  dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Antara teknik pengajaran yang digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi ,latihtubi, penyoalan, sumbang saran  dan permainan. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam kaedah pengajaran.Jika seorang guru tidak menguasai teknik-teknik tersebut maka matlamat kaedah tidak dapat dihasilkan.




         Strategi pengajaran
Kepelbagaian  murid dan latar belakang  yang berbeza-beza menyebabkan seorang gru perlu bijak mengatur strategi pengajaran mengikut kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat.Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza- beza ini.Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta  rintangan –rintangan tersendiri seperti keadaan fizikal,kemudahan bilik darjah, nilai,norma serta latar belakang sekolah pelajar.Lantaran itu seorang guru bukan sahaj perlu menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kesimpulannya
Bagi melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, Guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan . Seterusnya barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut  dan memilih pendekatan yang sesuai sebagai strategi.




Aplikasi PPIK  pada peringkat perancangan pengajaran
Penggunaan model pengajaran  mengikut kesesuaian isi kandungan pengajaran  adalah untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pencapaian objektif pelajaran.Terdapat lapan komponen utama  yang perlu diambilkira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu : 

        Analisis keperluan dan kesediaan murid.
 Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau miskonsep murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik. Contohnya menyoal secara lisan, latihan bertulis, kerja rumah dan sebagainya.




          Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar.
Guru menganalisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu konsep,fakta,klasifikasi,prosedur,prinsip dan teori.Contohnya analisis kemahiran seperti melukis peta.



·         Hasil pembelajaran
Sebelum menentukan  hasil pemebelajaran, guru perlu mengenal pasti objektif spesifik berdasarka Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif,objektif domain afektif   ( sikap) dan objektif kemahiran : Domain psikomotor  .




         Susun unit-unit pengajaran
Guru haruslah menyususn unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan topik yang lain.Guru boleh membina jadual penentu kandungan untuk sesuatu unit pengajaran dan topik yang diajar.




·         Pendekatan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
Guru menggunakan pelbagai pendekatan ,kaedah ,teknik dan strategi yang sesuai dengan isi kandungan berdasarkan tahap,kemampuan dan minat murid .




·         Pemilihan alat bantu mengajar
Guru  boleh menggunakan  pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang hendak diajar ,pelajar dan konteks pembelajaran.





          Latihan yang sesuai dan mencukupi
Memberi latihan pengukuhan untuk menguji kefaham murid mengenai topik ,di samping mengetahui keberkesanan pengajaran guru.Latihan dan ujian boleh diberi pada setiap sesi pengajaran .


   
  Kaedah penaksiran yang sesuai
Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.Ia juga digunakan sebagai panduan guru untuk membuat refleksi untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.








     4.0     BIBLIOGRAFI
  1. Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia. (2011).        HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.
  1. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman Malaysia.
  2. Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
  3. Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn. Bhd.
  4. Fakulti  Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) .       KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .
  5. Abdul Rahim selamat.(1992).Belajar Cara Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin Enteprise Sdn.Bhd.
  6. Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor .