Flash Ticker

Friday 23 November 2012

faktor-faktor mempengaruhi kesediaan belajar





Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar

  • Kesediaan fizikal
  • Kesediaan Intelektual
  • Kesediaan Sosial
  • Kesediaan Emosional
Kesediaan Fizikal
 Kemahiran gerak otot yang dikordinasikan seperti bermain alat muzik, sains, pendidikan Jasmani memerlukan ksediaan fizikal yang baik. Ketiadaan kesediaan fizikal seperti belajar melompat.Kecacatan anggota boleh menyebabkan ia kekal di tahap kesediaan fizikal yang tidak selaras dengan kematangan yang lain.Bagi pelajar biasa mungki ini hanya sementara sahaj.Selepas tercapai kesediaan fizikal ,ketangkasan fizikal akan menurun mengikut peningkatan umur.







Kesediaan Intelektual

Kesediaan yang tidak dapat dilihat seperti melihat bentuk badan dan sebagainya, bergantung kepada perkembangan otak dan pengalaman. Kematangan sistem saraf dan otak perlu ada untuk belajar sesuatu yang abstrak konseptual dan kompleks.Pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi dari berbagai cara juga membantu perkembangan sistem saraf untuk mencapai kesediaan intelektual.




Kesediaan Sosial

Mengurangkan atau mengatasi kelemahan sememangnya penting untuk membangunkan indidvidu. Kelemahan pelajar yang takut untuk berinteraksi atau bergaul membuat seseorang berhati-hati, segan ,takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. Perbuatan mereka menandakan belum ada kesediaan  sosial untuk menggalakkan pembelajaran.




Kesediaan Emosional

Kesediaan yang menandakan  murid sering menyendiri, mudah tersinggung dan tidak tahan dengan tekanan yang kepar berlaku. Ketahanan mental dan kestabilan emosi yang rendah berlaku kerana beberapa sebab, seperti latar belakang keluarga, pengalaman sendiri, gelagat rakan dan juga gangguan fizikal. Tanpa kesediaan emosional pelajar akan melalui proses pembelajaran yang tidak sempurna atau sukar. 


 

1 comment: