Flash Ticker

Monday 5 November 2012

Rancangan Pengajaran Konstruktivisme



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  (KONTRUKTIVISME )
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  TAHUN 1
Tarikh/Hari:        12.03.2012 /  Isnin                                                            Masa:    10.20-11-20 am
Kelas           :         1  Cemerlang                                                                      Bil.Pelajar : 27 orang
Mata pelajaran :               Bahasa Melayu
Tajuk          :          Menjaga Diri
Tema          :          Kebersihan
Objektif     :         Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i.                     Mendengar dan mengecam perkataan berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
ii.                   Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii.                  Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
Pengetahuan sedia ada:                  Murid telah mengetahui cara menjaga kebersihan tubuh badan.
Konsep  :              Definisi  kata nama Am dan  perkataan Sinonim.
Media    :              Gambar anggota badan,kad perkataan,lembaran kerja,ICT
Pengisian Kurikulum :     i.   Ilmu :               Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan
                                                ii.  Nilai :                Menjaga Kebersihan anggota ba               dan
                                                iii. KBT  :                Kemahiran berfikir- mengumpul dan mengelas
Sistem Bahasa           :       Tatabahasa: kata nama am,kosa kata            


FOKUS UTAMA



Standard Kandungan

1.2

Mendengar ,mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,suku kata, perkataan ,frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran

1.2.4

Mendengar ,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

FOKUS
SAMPINGAN









 

Standard Kandungan

2.2


Membaca dan memahami perkataan,frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran

2.2.1



3.2

3.2.3

Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul
  dan tulisan kemas.

No comments:

Post a Comment