BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI GURU, BUAT REFLEKSI DAN JELASKAN
TENTANG KONSEP PENGETAHUAN
PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN GURU.
Pengenalan
Bahasa _Melayu merupakan bahasa kebangsaan
kita.Dalam usaha mendukung hasrat negara untuk menjadikan pendidikan secara relevan dalam era
globalisasi, semakan kurikulum dan pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan
dan wujudlah Konsep Pengetahuan Isi Kandungan(PPIK) sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa-Melayu dan mata pelajaran yang lain. Sesuai dengan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di sekolah rendah, menengah,
institut perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan sebagainya, maka tidak hairanlah wujudnya slogan Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
penting bagi penyaluran pemikiran dan
budaya di samping berupaya menjalin ikatan masyarakat sepanjang zaman.
Berpandukan matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan ,kurikulum Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah bertujuan membina literasi
murid dalam berbahasa.Sukatan pelajaran memberikan tumpuan terhadap kemahiran
berbahasa yang mementingkan pembelajaran yang berkesan yang melibatkan murid
secara aktif serta mengutamakan keupayaan dan keperluan setiap murid.Penekanan
awal terhadap kemahiran mendengar dan bertutur untuk membolehkan mereka
bertutur dengan fasih dan yakin.Kemahiran –kemahiran asas ini akan dikembangkan
untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan menulis.Murid-murid juga
dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan
berkongsi pengetahuan dalam penguasaan bahasa.
Isi kandungan sukatan pelajaran juga menegaskan
penerapan aspek nilai dan budaya.Selain itu , penerapan kemahiran berfikir,
teknologi maklumat,pembelajaran sosial dan emosi serta inovasi dan
keusahawanan.sukatan pelajaran yang dibekalkan ke sekolah-sekolah memberikan
gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang
merangkumi matlamat, objektif ,kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian
kurikulum, pedagogi dan penilaian.
Guru yang baik dan prihatin akan rasa bertanggungjawab dan mengambil
pelajaran anak-anak didiknya.Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang
berkualiti ( Mohamad Sani, Mohd Izham
dan Jainabee 2008).Guru-guru perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan ,daya
cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan diri, untuk menghadapi beban tugas
yang sangat mencabar termasuklah
guru-guru Bahasa Melayu.Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan,
kemahiran ,nilai motivasi,psikologi
termasuklah latihan dan pendidikan dari segi kurikulum ,kokurikulum,
latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik yang melahirkan seorang guru
yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi .
Pengetahuan Pedagogikal Isi
Kandungan
Berdasarkan
pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep
Pedagogical Content knowledge atau pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) ,
jika mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang
isi kandungan, pengetahuan pedagogi,
pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. PPIK telah dilhamkan
oleh Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan
pedagogi.PPIK adalah membentuk pengetahuan dan membezakan antara seorang guru
yang pakar dalam bidangnya dengan seorang bukan pakar dalam bidang tersebut.
Shulman (1987) juga
mendefinisikan PPIK ialah pengetahuan Isi Kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam
persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan ciri setiap
pelajarnya dan pengetahuan tentang kepercayaan tehadap pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang dugunakan.
Pengetahuan yang mantap tentang sesuatu subjek
diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran dan
strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar bagi seorang
murid.( Shulman,1987).Seorang guru perlulah meningkatkan pengetahuan
profesional mereka dalam pengajaran. PPIK dapat membantu memperkasa pengajaran
guru –guru Bahasa Melayu seperti
penggunaan bahasa yang mudah difahami ,pertuturan yang lancar dan
sistematik.Setiap penjelasan topik hendaklah disusun,diolah dan diubahsuai
berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar.
Dengan adanya PPIK guru-guru Bahasa
Melayu dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan.Selain itu ia juga memudahkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau
konsep menggunakan analogi,ilustrasi,contoh ,penerangan dan demonstrasi yang
paling berkesan.
Pembinaan PPIK
PPIK dibina daripada dua mekanisme iaitu yang pertama kebijaksanaan guru menerusi
pemerhatian sebagai seorang guru dan
murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang.Kedua ialah melalui kajian tentang situasi yang
terkawal dan penyelidik dalam bidang pendidikan ( Kastens
2004).PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan dan refleksi serta
kolaborasi dengan guru lain. Pembinaan
PPIK menurut Shulman (1987) ,melibatkan beberapa langkah iaitu :
1.
Kefahaman
2.
Transformasi
3.
Pengajaran
4.
Penilaian
5.
Refleksi
Matlamat dan objektif
Perkara-perkara dan objektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah seperti berikut :
Pada akhir
pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat
- ·
Mendengar
dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dan
memberikan tindak balas atau respon yang wajar.
- ·
Bertutur
dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya.
- ·
Membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan
digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh
maklumat,idea dan pengetahuan serta
memberikan respons yang sesuai.
- ·
Menulis
pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan pelbagai tujuan,khalayak dan
situasi.
- · Berfikir
secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan
masalah,mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif.
- ·
Mengenali
dan memahami budaya dan nilai-nilai
murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum
lain.
- ·
Memupuk
minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang
hayat.
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN
·
Kesediaan
guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara utama
dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini bermaksud seorang guru
Bahasa Melayu perlu mengetahui isi kandungan Bahasa Melayu,topik,peraturan,
struktur dalam menguji keberkesanan pengajarannya.
- ·
Pengetahuan
substantif ialah pengetahuan tentang apa
dalam fakta atau konsep yang digunakan
untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk.
- ·
Pengetahuan
struktur sintatik, iaitu tentang bagaimana sesuatu perkara dibentuk dan dihasilkan .Guru Bahasa
Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar
dengan menggunakan contoh, analogi,hujah secara logikal dan menggunakan asas
fakta
- ·
Setiap
guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa
Melayu bagi memudahkan pelajar
menguasai tajuk yang dipelajari.
·
Kesimpulannya pengetahuan isi kandungan mata pelajaran
merupakan aspek penting dalam pengajaran
dan pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu banyak
bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus
masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelajaran.
Pengetahuan Pedagogi Guru
Komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk
kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar ,
merangkumi pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah seperti pendekatan,,kaedah atau teknik, strategi,
kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan penilaian ,serta pemulihan dan
pengayaan. Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran ,pintar lebih menguasai
sesuatu tajuk daripada pelajar.
Pendekatan Pengajaran.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak pendekatan yang boleh digunakan
.Guru-guru boleh memilih pendekatan yang
sesuai dengan isi kandungan contohnya
pengajaran secara deduktik, induktif dan komunikatif.
Kaedah pengajaran.
Guru perlu menguasai dan mengetahui pelabagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta menggunakannya sesuai dengan aras pengetahuan pelajar yang
hendak diajar. Kaedah pengajaran berpusatkan murid menunjukkan keberkesanan yang
lebih baik.Antara kaedah pengajaran yang digunakan ialah inkuiri, perbincangan,
sumbang saran,kajian kes, projek dan sebagainya.Manakala pembelajaran murid.
Teknik pengajaran
Teknik pengajaran merupakan
kemahiran guru dalam mengelola dan
melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.Antara teknik pengajaran yang digunakan ialah teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi ,latihtubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Teknik-teknik pengajaran
adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam kaedah
pengajaran.Jika seorang guru tidak menguasai teknik-teknik tersebut maka
matlamat kaedah tidak dapat dihasilkan.
Strategi pengajaran
Kepelbagaian
murid dan latar belakang yang berbeza-beza
menyebabkan seorang gru perlu bijak mengatur strategi pengajaran mengikut
kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat.Guru perlu merancang
pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza- beza ini.Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan
serta rintangan –rintangan tersendiri
seperti keadaan fizikal,kemudahan bilik darjah, nilai,norma serta latar
belakang sekolah pelajar.Lantaran itu seorang guru bukan sahaj perlu menguasai
berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi
pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kesimpulannya
Bagi melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, Guru
Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan . Seterusnya barulah
guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut dan memilih pendekatan yang sesuai sebagai
strategi.
Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaran
Penggunaan model pengajaran mengikut kesesuaian isi kandungan
pengajaran adalah untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pencapaian objektif pelajaran.Terdapat lapan
komponen utama yang perlu diambilkira
dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu :
Analisis keperluan dan kesediaan murid.
Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau miskonsep murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik. Contohnya menyoal secara lisan, latihan bertulis, kerja rumah dan sebagainya.
Analisis isi kandungan topik yang hendak
diajar.
Guru menganalisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu
konsep,fakta,klasifikasi,prosedur,prinsip dan teori.Contohnya analisis
kemahiran seperti melukis peta.
·
Hasil pembelajaran
Sebelum menentukan hasil
pemebelajaran, guru perlu mengenal pasti objektif spesifik berdasarka Taksonomi
Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif,objektif domain
afektif ( sikap) dan objektif
kemahiran : Domain psikomotor .
Susun unit-unit pengajaran
Guru haruslah menyususn unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan
turutan antara satu topik dengan topik yang lain.Guru boleh membina jadual
penentu kandungan untuk sesuatu unit pengajaran dan topik yang diajar.
·
Pendekatan kaedah dan teknik pengajaran
yang sesuai
Guru menggunakan pelbagai pendekatan ,kaedah ,teknik dan strategi yang
sesuai dengan isi kandungan berdasarkan tahap,kemampuan dan minat murid .
·
Pemilihan alat bantu mengajar
Guru boleh menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai
dengan topik yang hendak diajar ,pelajar dan konteks pembelajaran.
Latihan yang sesuai dan mencukupi
Memberi latihan pengukuhan untuk menguji kefaham murid mengenai topik ,di
samping mengetahui keberkesanan pengajaran guru.Latihan dan ujian boleh diberi
pada setiap sesi pengajaran .
Kaedah penaksiran yang sesuai
Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.Ia
juga digunakan sebagai panduan guru untuk membuat refleksi untuk mengesan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
4.0
BIBLIOGRAFI
- Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open
Universiti Malaysia. (2011). HBEF3103
Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.
- Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman
Malaysia.
- Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi
(Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
- Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam
Proses Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn. Bhd.
- Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) . KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .
- Abdul Rahim selamat.(1992).Belajar Cara Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin
Enteprise Sdn.Bhd.
- Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran, Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor .