1.1 Teknologi Pengajaran dan Model ASSURE
Mengikut AECT 1994
Teknologi Pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, mengguna,
mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Teori dan amalan
ini akan menjadi asas kepada tindakan yang diambil.
Menurut Abdul
Rahim Mohd Saad(1996), peranan Teknologi Pengajaran di kategorikan kepada 3
bidang utama yang mewakili fungsinya sendiri.
Peringkat pertama
adalah mengubah peringkat membuat keputusan. Pada peringkat ini penggunaan
media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Peringkat kedua adalah mengubah
sistem atau pendekatan pengajaran. Pada tahap ini Teknologi Pengtajaran boleh
mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Manakala peringkat yang ketiga
pula adalah mengubah pengalaman pembelajaran. Pada peringkat ini aplikasi
Teknologi Pengajaran secara teratur boleh membantu pelajar mendapat pengalaman
pembelajaran yang khusus.
Secara amnya
Teknologi Pengajaran berperanan penting dalam menangani sebarang persoalan
melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik
pengajaran yang maju dan perisian yang releven dan pengurusan yang cekap.
Model pembelajaran
ASSURE pula telah membahagikan pengajaran kepada 6 pembahagian dalam sesi
pengajaran para guru.
Pengagihan pertama ialah analisis pelajar
yang menekankan peranan guru mengenalpasti terlebih dahulu ciri-ciri umum para
pelajar sebelum memulakan sesuatu sesi pembelajaran.
Tahap kedua pula
adalah menyatakan objektif. Objektif yang ditentukan hendaklah pada tahap
minimum apa yang sepatutnya dipelajari pelajar.
Tahap yang ketiga dalam model ASSURE
adalah memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian dengan pengajaran dan
untuk meningkatkan lagi pencapaian objektif yang ingin diperolehi.
Tahap yang kelima
pula adalah mendorong penglibatan pelajar sepanjang proses pembelajaran
berlangsung. Pada tahap ini keberkesanan guru dan bahan yang digunakan adalah
amat diperlukan dalam menarik perhatian pelajar.
Tahap yang keenam
pula adalah nilai dan semak. Guru hendaklah membuat penilaian dan penyemakan
berkaitan sebarang tugasan, latihan dan seumpamanya yang seharusnya
diselesaikan oleh setiap orang pelajar.
Kesimpulannya
Teknologi Pengajaran dan Model ASSURE adalah satu kombinasi ilmu teknologi
pengajaran dan satu teori pembelajaran yang sangat berkesan dalam sesi
pengajaran dalam kelas. Para pendidik yang menggunakan kedua-dua kombinasi ini,
adalah tidak mustahil untuk menghasilkan satu sesi pembelajaran yang menarik buat
para pelajar.
2.1 Analyze Learners – Analisis Pelajar
Dalam pengajaran ini, ciri-ciri umum pelajar yang
terlibat adalah di kalangan pelajar yang berumur 7 tahun yang berada dalam
kelas 1 Cemerlang . Di antara latar belakang
sosio-ekonomi keluarga pelajar ialah nelayan, pekebun, pekerja swasta , dan
bekerja di sektor kerajaan. Secara amnya kebanyakan ibu bapa pelajar ini adalah
terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kedudukan sekolah adalah
berdekatan dengan kawasan tempat tinggal pelajar. Kebanyakan pelajar tinggal di
kawasan persisiran pantai. Hampir kesemua kemudahan asas telah tersedia kecuali
kemudahan air paip.
Analisis berdasarkan kompentesi khusus pula didapati
para pelajar secara umumnya baru mengenali dunia pembelajaran yang sebenarnya.
Lebih kurang 50 peratus daripada bilangan pelajar adalah baru mengenali alam
persekolahan. Selebihnya pula pernah memasuki alam pra sekolah dan Kemas.
Pengajaran ini terlaksana selepas sahaja sesi orentasi persekolahan bagi pelajar
tahun satu. Sesi orentasi ini berjalan selama 2 minggu. Dalam kelas ini para
pelajar ditempatkan dalam kelas yang bercampur-campur tahap keupayaan 3M
mereka. Ini bermakna ada pelajar yang telah lancar membaca dan ada yang belum.
Analisis berkaitan stail pembelajaran pula , guru
mendapati pelajar tahun satu masih lagi perlu dibantu dalam beberapa aspek
pembelajaran. Para pelajar dalam kelas sebegini akan menghasilkan komunikasi
yang pelbagai. Setiap orang pelajar akan kerap menimbulkan pelbagai persoalan
yang berkehendakkan guru menjawab secara serta merta. Segala persoalan yang
ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan menerima jawapan yang banyak dari
para pelajar.
2.2 State Objectives – Nyatakan Objektif
Dalam pengajaran bagi subjek Bahasa-Melayu ini
penghasilan objektif adalah berasaskan 3 objektif utama iaitu Psikomotor,
Kognitif dan Afektif. Objektif
Psikomotor yang ingin dicapai adalah
memastikan para pelajar dapat melakukan teknik
menggosok gigi dengan teknik yang betul,cara –cara membersihkan tubuh
badan kita dan cara membersihkan bilik darjah serta membersihkan Balai-raya
yang terdapat di kampung . Guru akan menunjukkan cara menggosok gigi yang
betul, diikuti secara serentak oleh setiap orang pelajar.
Objektif Kognitif pula, para pelajar dapat mengetahui
cara membersihkan tubuh badan termasuklah rambut ,kuku,gigi juga kawasan
sekolah dengan teknik yang betul dan seterusnya pelajar juga dapat menyebut
empat perkataan suku kata yang berkaitan dengan kebersihan gigi seperti gigi,
ubat, gosok dan berus.
Manakala objektif yang ketiga adalah dari aspek Afektif
yang mana melalui pengajaran dan pembelajaran ini para pelajar dapat Memupuk
keyakinan diri, bekerjasama, dan berasa seronok. Kemahiran secara tidak
langsung yang dapat diterapkan dalam pembelajaran ini ialah kemahiran membina perkataan daripada ‘be + rus’, ‘u + bat’, ‘go + sok’
dan ‘gi + gi’
2.3 Select Instructional Methods,Media and
Materials – Pilih
Kaedah, Media dan Bahan
2.3.1 Select Instructional Methods – Pilih
Kaedah
Dalam sesi pengajaran ini beberapa kaedah telah guru
gunakan bagi memaksimumkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah pertama yang digunakan adalah kaedah berbentuk hiburan yang
dipersembahkan dalam bentuk nyanyian. Dalam sesi ini para pelajar akan
menyanyikan lagu “Bangun Pagi” dengan iringan muzik. Seramai 25 orang pelajar
akan menyanyikan lagu ini secara serentak.
Kaedah nyanyian ini adalah amat berkesan pada permulaan
pembelajaran iaitu pada langkah set induksi. Dengan menyanyikan lagu para
pelajar terlebih dahulu telah disajikan dengan satu sesi awalan yang
menyeronokkan sebelum mereka meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya.
Kaedah kedua yang digunakan pula adalah kaedah soal
jawab. Kaedah soal jawab ini telah saya gunakan pada awal pengajaran lagi iaitu
selepas para pelajar menyanyikan lagu “Bangun Pagi”. Berdasarkan lagu yang
telah dinyanyikan guru akan bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang
dilakukan setiap pagi berpandukan lagu “Bangun Pagi” yang telah nyanyikan.
Kaedah ini dipilih kerana ia adalah satu kaedah untuk mengetahui sejauhmanakah
pengetahuan pelajar tentang topik yang akan mereka pelajari. Dengan soalan yang
dikemukakan guru dapat mengetahui secara terus sejauh manakah pengetahuan murid
bagi sesuatu topik itu.
2.3.2 Select Instructional Media – Pilih Media
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru
telah menggunakan beberapa media. Penggunaan media ini jelas digunakan pada
sesi set induksi, Langkah 1, Langkah 3, Langkah 5(Penilaian) dan pada sesi
Penutup.Pada sesi penutup guru telah menggunakan media radio,carta lagu dan cd
lagu. Kedua-dua media ini telah disediakan lebih awal dan telah dipastikan
dalam keadaan baik sebelum digunakan.
Para pelajar akan menyanyikan lagu “Bangun Pagi” ini
seiring dengan cd lagu yang dimainkan. Para pelajar akan dipandukan untuk
menyanyi lagu ini dengan melihat carta lagu yang dilekatkan di hadapan kelas.
Guru juga turut menyanyi bersama-sama pelajar untuk membantu beberapa orang pelajar
yang tidak lancar membaca. Ketiga-tiga media yang digunakan ini adalah untuk
melancarkan kaedah pengajaran berbentuk hiburan.
Dengan
meletakkan media berbentuk hiburan pada awal pengajaran, para pelajar
akan berasa seronok untuk mengikuti sesi pembelajaran yang seterusnya.
Pengetahuan sedia ada pelajar mula dicungkil pada awal sesi pembelajaran dengan
meransang penglibatan mereka melalui media radio, cd dan carta lagu yang saya
sediakan.
Penggunaan media kedua yang saya gunakan dapat dilihat
pada langkah pertama iaitu penggunaan media seperti model gigi, keratan rentas
gigi, berus gigi dan ubat gigi. Beberapa hari sebelum sesi pengajaran ini guru
terlebih dahulu telah mengingatkan para pelajar untuk sama-sama membawa berus
gigi dan ubat gigi dengan tujuan untuk memastikan sesi pengajaran berjalan
dengan lancar.
Dua model utama guru iaitu model gigi dan keratan
rentas gigi ini saya perolehi dari
Bilik Sains sekolah. Manakala berus gigi
dan ubat gigi, potong kuku, syampo, sabun mandi, pula guru sediakan sendiri
dengan membawanya dari rumah. Kesemua model ini akan saya letakkan di atas meja
setiap stesen yang bertujuan untuk diperhati dan diteliti oleh setiap orang
pelajar dalam kumpulan masing-masing. Dengan cara ini para pelajar dapat
merasai sendiri keadaan sebenar item yang ingin dipelajari.
Pengalaman belajar dengan objek atau benda maujud
seperti ini akan meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk mengingati isi utama
pembelajaran. Penggunaan media berbentuk model seperti model gigi dan model keratan
rentas gigi ini secara tidak langsung
menarik minat pelajar untuk terus belajar. Media berbentuk model seperti ini
akan membawa para pelajar untuk lebih mengenali lagi rupa sebenar gigi mereka
yang sememangnya sukar untuk dilihat pada situasi sebenar.
2.3.3 Select Instructional Materials – Pilih Bahan
Penggunaan bahan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa-Melayu saya ini memberikan
beberapa kekuatan berdasarkan analisis pelajar yang telah dilaksanakan. Dengan
situasi sosioekonomi pelajar yang berada di kawasan pedalaman tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa
tahap penjagaan kebersihan diri
kebanyakan pelajar adalah kurang. Kesesuaian bahan seperti model gigi,dan
model-model lain yang saya gunakan ini
adalah sangat bersesuaian dalam memberi kesedaran pada diri pelajar tentang
kebersihan tubuh badan lebih-lebih lagi gigi.
dengan lebih baik lagi.Penggunaan bahan dalam memulakan
sesi pembelajaran yang berbentuk hiburan.
Penggunaan bahan kad abjad yang disusun sehingga terbentuk
perkataan pula secara langsung dapat menguatkan lagi tahap pemahaman pelajar
dalam mengingati apa yang mereka pelajari. Berdasarkan bahan hiburan, pelajar
juga turut di pandu bersama untuk lebih memahami apa yang di pelajari dengan
menggunakan kad-kad abjad yang memerlukan pelajar menggunakan kemahiran dan
pengetahuan sebenarnya dalam memahami apa yang ingin mereka pelajari.
Penggunaan kad abjad ini secara langsung menguji tahap pembelajaran pelajar
untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Objektif pembelajaran juga dengan mudah dicapai apabila
guru menggunakan bahan yang selalu pelajar gunakan setiap hari untuk digunakan
dalam pengajaran. Penggunaan bahan seperti ubat gigi dan berus gigi sabun,
syampo pemotong kuku oleh pelajar sendiri, membuatkan pelajar sedar betapa
pentingnya bahan-bahan tersebut untuk menjaga kebersihan tubuh anggota badan
mereka.
2.4 Utilize Media and Materials – Gunakan Media dan Bahan
Penggunaan kaedah, media dan bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran hendaklah saling berkaitan dan berterusan bagi memastikan
perjalanan dan pencapaian objektif terlaksana dengan jayanya. Dalam pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan ini, kaedah pertama yang guru gunakan adalah
kaedah berbentuk hiburan. Para pelajar akan menyanyikan lagu “Bangun Pagi”.
Media dan bahan yang saya gunakan pada langkah set induksi ini ialah penggunaan
radio dan cakera padat yang mengandungi lagu tersebut dan carta lagu untuk
memastikan pelajar turut sama menyanyi.
Dalam memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang baik dan berkesan beberapa aspek dititiberatkan sebelum dan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebelum pengajaran dan pembelajaran
bermula guru terlebih dahulu memastikan kesemua media dan bahan telah
disediakan lebih awal dan setiap media yang ingin digunakan tidak bermasalah
semasa ia mula digunakan. Media dan bahan seperti model keratan rentas gigi akan guru sediakan
lebih awal dengan membuat pnjaman di bilik sains yang terdapat di
sekolah.Kesemua media dan bahan ini terlebih dahulu disediakan dalam kelas
tersebut dahulu sebelum bermulanya kelas pengajaran dan pembelajaran.
Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, suasana pembelajaran hendaklah diambil
berat dari permulaan set induksi lagi. Pada permulaan pengajaran ini saya akan
memastikan suasana dimulakan dengan
keseronokan menyanyi bersama-sama dengan para pelajar. Suasana yang
gembira dengan santapan hiburan akan menarik minat pelajar untuk meneruskan
pembelajaran pada hari tersebut.
Pada langkah kedua guru membawa para pelajar kedalam
satu suasana berbentuk pameran, yang mana media dan bahan yang saya gunakan
adalah model gigi, keratin rentas gigi, berus gigi dan ubat gigi dan alat
kebersihan yang lain. Dalam kumpulan para pelajar akan bergilir-gilir bergerak
dari satu stesen ke stesen yang lain untuk membuat pemerhatian terhadap
keempat-empat model yang disediakan. Dengan mengadakan ruang pameran sebegini,
walaupun nampak kecil tetapi secara tidak langsung telah membuka satu suasana
mini pameran yang meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Suasana pembelajaran yang seterusnya guru mula ubahkan
sedikit ke tahap yang agak ilmiah yang mana pada langkah ke tiga guru menyediakan media dan bahan berbentuk
kad abjad a-z . Guru akan menyebut beberapa perkataan seperti tolong sapu
sampah, tolong cabut rumput, tolong cat dinding. Dalam kumpulan pelajar akan
membentuk kad perkataan bagi
menghasilkan frasa tersebut. Penggunaan media dan bahan sebegini akan
melahirkan satu suasana bersaing yang sangat menyeronokkan dikalangan pelajar.
2.5 Require Learner Participation – Dorongan Penglibatan Pelajar
Bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dengan
baik, para pelajar akan guru libatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti menyanyi,memberi
pendapat dan menjawab soalan yang dikemukakan. Pembelajaran yang aktif dapat
guru kenalpasti pada langkah ketiga . Pada langkah yang ketiga ini masa yang
saya peruntukkan ialah sebanyak 8 minit sahaja. Masa 8 minit ini bersesuaian
dengan aktivitinya yang tidak terlalu banyak. Pada langkah ketiga ini guru
menggunakan kaedah penyelasaian masalah.
Kaedah ini berkehendakkan kumpulan pelajar
menyambungkan beberapa kad abjad sehingga membentuk perkataan. Para pelajar
akan menyusun kad abjad berkenaan berdasarkan perkataan yang disebut oleh guru.
Empat perkataan tersebut ialah gigi, ubat, gosok dan berus. Rasional memilih
kaedah penyelesaian masalah ini adalah kerana ia mudah bagi para pelajari
ikuti. Selain itu kaedah ini juga telah guru permudahkan lagi, yang mana
pelajar hanya perlu menyambung kad abjad menjadi satu perkataan berdasarkan
perkataan yang saya sebutkan satu persatu.
Evaluate and Revise – Nilai dan Semak
2.6.1 Evaluate Learning –Pembelajaran
Murid
Cara penilaian yang guru jalankan bagi mengenalpasti
sejauhmanakah keberkesanan pengajaran guru terhadap para pelajar adalah melalui
tiga penilaian iaitu penilaian sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum
pembelajaran dimulakan guru telah mula melaksanakan penilaian secara umum
sahaja iaitu melalui set induksi yang saya jalankan pada awal pembelajaran.
Selepas sahaja aktiviti nyanyian lagu “Bangun Pagi” guru telah mengemukakan
penilaian pertama saya melalui teknik penyoalan secara lisan.
Berdasarkan lagu yang telah dinyanyikan saya bersoal jawab
dengan murid tentang aktiviti yang mereka lakukan setiap pagi. Dengan
mengemukakan penilaian awal dengan penyoalan
secara langsung diawal pengajaran lagi guru sudah dapat
mengetahui sejauhmanakah tahap
pengetahuan pelajar berkaitan kebersihan gigi.
Penilaian kedua pula ialah penilaian semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Penilaian kedua ini jelas kelihatan pada langkah
ketiga. Pada langkah kelima guru menilai pelajar berdasarkan kumpulan mereka
masing-masing. Selain menjimatkan masa penilaian, kerjasama pelajar juga boleh
diperhatikan pada langkah ini. Kerjasama dalam kumpulan akan memastikan pelajar
dalam kumpulan akan sentiasa bantu membantu untuk mencari atau mencantum kad
perkataan menjadi satu frasa yang
disebutkan oleh guru. Pada langkah kelima ini juga guru dapat menilai lebih
lanjut tentang sejauh manakah pelajar memahami topik atau apa yang mereka telah
pelajari pada langkah satu dan langkah dua.
Penilaian ketiga adalah setelah pengajaran dan pembelajaran
berada pada akhir sesi. Pada akhir sesi ini guru telah membuat penilaian berbentuk memadankan suku kata berkaitan
dengan kebersihan gigi.Guru juga telah
menyediakan bentuk soalan yang menggunakan ICT iaitu murid menjawab menggunakan
komputer. Para pelajar akan dibekalkan dengan lembaran kerja, yang disediakan
khas untuk menguji pengetahuan mereka berkaitan pembelajaran yang
mereka telah lakukan. Sesi ini dijalankan pada langkah
penilaian iaitu pada langkah kelima. Pada sesi penilaian akhir ini pelajar
hanya perlu memadankan 8 suku kata bagi membentuk 4 perkataan asas iaitu gosok,
gigi, ubat dan berus. Namun begitu satu penilaian akhir akan guru adakan pada waktu lain bagi menguji
sejauhmankah para pelajar menguasai topik berkenaan. Masa yang guru berikan
pada waktu ini adalah selama 30 minit dan saya menjadikannya sebagai satu ujian
sumatif.
Penilaian
sumatif guru adalah berbentuk memadankan perkataan dengan gambar rajah yang diberi. Murid juga dinilai
berdasarkan penulisan .Pada penilaian ini pelajar hanya menulis perkataan yang
disebut oleh guru dan membaca semula perkataan tersebut.Ini bertujuan menguji
sama ada murid boleh mengeja perkataan dengn betul atau tidak.
2.6.2 Teacher’s Plan - Rancangan pengajaran guru
Selesai saja guru menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran beberapa penilaian dan penyemakan semula telah dilaksanakan bagi
mengesan sejauhmanakah pengajaran mencapai objektifnya. Aspek pertama penilaian
guru adalah melalui persembahan. Pada aspek ini guru akan meneliti semula
sejauhmanakah persembahan pengajaran yang dilakukan dapat tercapai. Persembahan
yang baik adalah persembahan yang dapat menarik minat pelajar untuk turut serta
dalam sesuatu aktiviti pengajaran.
Penilaian kaedah pula akan guru lakukan dengan
mengesan sejauhmanakah kaedah yang
digunakan seperti kaedah penyoalan, latih tubi dan kaedah pemerhatian yang
terdapat dalam pengajaran guru dapat memberikan para pelajar tentang apa yang
ingin mereka pelajari. Kaedah pemerhatian yang terdapat pada langkah dua dapat
memastikan para pelajar dapat melihat dan menilai dengan jelas, model yang dipersembahkan
kepada mereka.
Penilaian media pula ialah sejaumanakah media yang
digunakan itu mudah diterima dan penggunaannya sebagai member kefahaman kepada
para pelajar semaksimum yang boleh. Guru harus menilai adakah media yang
digunakan seperti penggunaan radio, cakera padat dan carta lagu mampu membawa
bersama para pelajar menyanyikan lagu “Bangun Pagi” dengan lebih seronok dan
menggembirakan pelajar.
Bagi menilai bahan pula, aspek penting yang
seharusnya di utamakan ialah bahan yang digunakan itu bersesuaian dan mudah
diguna pakai oleh pelajar. Contoh bahan yang digunakan ialah lembaran kerja.
Guru hendaklah memastikan isi kandungan lembaran kerja adalah tidak terlalu
susah untuk diselesaikan atau dibuat oleh pelajar.
Isi kandungan atau soalan yang digunakan itu hendaklah tidak
terlalu susah dan telah dipelajari oleh setiap orang pelajar. Bagi menilai
tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya
jalankan beberapa perkara hendaklah dilakukan. Di antaranya ialah ketika melakukan
aktiviti demonstrasi menggosok gigi, para pelajar terlebih dahulu, guru akan
pastikan mereka memiliki berus gigi dan ubat gigi masing-masing.
Dalam aktiviti pameran pula para pelajar telah guru bahagikan
kepada beberapa kumpulan. Bagi memastikan penglibatan semua pelajar, guru akan
membahagikan setiap kumpulan itu dalam kumpulan yang bercampur-campur. Setiap
kumpulan itu hendaklah meliputi pelajar yang cerdas, sederhana dan lemah. Ini
membolehkan setiap kumpulan itu dapat menonjolkan kebolehan masing-masing
dengan adil.
Satu penilaian yang telah disediakan yang membolehkan guru
mengukur pencapaian dalam pengajaran ialah dengan satu penilaian yang
mengandugi 5 soalan. Soalan pertama guru ialah adakah media yang digunakan itu
berkesan dalam menarik perhatian para pelajar untuk turut sama dalam sesi
pembelajaran. Soalan kedua pula ialah adakah media yang digunakan itu dapat
membantu pelajar mencapai objektif. Seterusnya soalan ketiga ialah adakah
pelajar dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam semua aktiviti
pembelajaran. Soalan keempat ialah adakah setiap media yang digunakan itu dapat
meransang naluri ingin tahu pelajar untuk topik yang ingin guru sampaikan.
Manakala soalan kelima ialah adakah
media yang yang gunakan itu sangat kreatif dan berkaitan dengan isu yang
menarik minat pelajar.
3.0 KESIMPULAN
Teknologi
Pengajaran yang merangkumi teori
dan amalan berkaitan mereka bentuk, mengguna, mengurus dan menilai proses serta
sumber untuk pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dengan kemajuan dalam pembangunan dan
dunia teknologi, teori serta amalan teknologi pengajaran turut sama berubah.
Atas faktor-faktor
perubahan yang sedemikian para pendidik perlulah lebih berdaya saing dan
sentiasa bersedia dengan ilmu dalam bidang yang dikhususkan. Di samping itu
para pendidik juga perlu bersedia dengan ilmu-ilmu serta pengalaman yang lain
bagi melahirkan seorang pendidik yang serba boleh.
Dengan Teknologi
Pengajaran yang berperanan penting dalam menangani sebarang persoalan melalui
pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang
maju dan perisian yang releven dan pengurusan yang cekap para pendidik akan
lebih bersedia dengan profesion keguruan masing-masing.
Berbantukan Model
pembelajaran ASSURE sesi dan kandungan
pengajaran pendidik akan lebih baik, menarik dan lebih terancang lagi.
Model ASSURE ini sudah pasti akan lebih membantu para pendidik dalam merncang
proses pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran itu.
Kesimpulannya
Teknologi Pengajaran dan Model ASSURE adalah satu kombinasi ilmu teknologi
pengajaran dan satu teori pembelajaran yang sangat berkesan dalam sesi
pengajaran dalam kelas. Para pendidik yang menggunakan kedua-dua kombinasi ini
adalah tidak mustahil untuk menghasilkan satu sesi pembelajaran yang menarik
pada para pelajar.
No comments:
Post a Comment